Miss Suhaiza M.A
Textile Apprenticeship.Info

Holla!


Miss Suhaiza M.A
Saturday, November 19, 2016 • 7:12 AM • 0 Comment(s)

Assalamualaikum..

Hai uolss dh lama kan sis menyepi, menyepi bersama esaimen yg bertimbun. Biasalah adat study kan confirm la banyak kerja. Okk bila dh umur makin meningkat ni malas sis nak merapu banyak benda, dh tua kan.HAHA. Ok seperti yg dijanjikan entry sebelum ni, sis akan share serba sedikit tentang  leather bag.Apa yg sis share ni diambil daripada research yg sis bt dan sis belajar dengan tauke beg kulit sendiri bro Ahmad Syaiful Zufri.

Material leather bag ?
Leather bag ni biasa guna pelbagai jenis material, ada yg dari kulit lembu, kambing, ikan pari pn ada tau tak uolss. Kulit-kulit binatang ni ada nama spesifiknya pulak ok, bukan main-main sebut je.huhu Antara jenis-jenis kulit yg biasa bro Syaiful gunakan untuk bisness leather bag dia adalah :

 1. Nubuck Leather
 Perbezaannya adalah pada proses pembuatannya. Tak sama dengan kulit Suede, jenis kulit Nubuck tidak dibuat dari bahagian dalaman kulit binatang tapi diperbuat daripada bahagian luar kulit binatang, seperti pada Finish Leather. Namun permukaannya dihaluskan menggunakan permukaan yang kasar, sehingga menghasilkan permukaan kulit yang halus seperti  jenis kulit Suede.

Ni adalah material nubuck leather


Jenis produk yg dihasilkan daripada kain nubuck leather

2. Suede Leather
Jenis suede leather pulak memiliki struktur kulit yang lembut kerana jenis kulit ini diambil daripada bahagian dalaman kulit binatang. Tapi untuk pengetahuan korang jenis kulit ni susah sikit nak jaga sebab mudah kotor dan mudah bertukar warna bila trkena air.

 
Contoh material suede leather
Produk yang dihasilkan menggunakan material suede leather


 3. Crazy Horse Leather
Crazy horse leather pula memiliki struktur yang variatif dan lebih nampak vintage dan sudah pasti lebih style bila dh dijadikan produk.

Jenis produk yg dihasilkan menggunakan material crazy horse


Ok sekian serba sedikit tentang jenis material leather yg digunakan bro syaiful. Next entry sis akan story pasal handmade leather bag pulak ok. Daaa!

0 Comments posted :

Post a Comment


Tuan Tanah





Follow | Dashboard
1 Jejak Budak Cute dikesan.
Fairytale Zone
Lets Talk!


Don't use harsh word!
Put your blog url, not email!
No anonym or advertisement allowed here!

Sila tinggalkan jejak korang ya^_^

Greener Archive





Lalulintas

Credit By



Template By : YukiHaura
Basecode : AyeshaKamila
Thanks For : ????
Owner : Miss Suhaiza M.A