
|
Wednesday, January 4, 2017 • 10:45 AM • 0 Comment(s)
Assalamualaikum,
Setelah lama bertungkus lumus, bersengkang mata buat final product finally siap akhirnya. Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi dipermudahkan segala urusan sepanjang proses pembuatan clutch bag;) Thursday, December 29, 2016 • 10:33 AM • 0 Comment(s)
Assalamualaikum,
Kalau entry sebelum ni sis tunjuk final moodboard sis, entry kali ni sis nak share product yg sis buat untuk final project sem ni.
Proses sulaman motif songket dibahagian hadapan beg.
Proses jahitan clutch bag. Kapitkan menggunakan stitch pony.
Jom menjahit;)
Sebahagian clutch bag yang dijahit.
Tuesday, December 27, 2016 • 10:19 AM • 0 Comment(s)
Assalamualaikum,
Entry kali ni sis nak cakap pasal ideation yang sis nak buat untuk final project nanti iaitu Clutch Bag,theme yg sis pilih adalah Elegant In Malay Traditional. Dalam nak melaram nampak gah jangan pula dilupa usul traditional melayu, so sis tertarik nak buat clutch bag yang elegant tp still kekal warisan traditional iaitu songket.
Antara idea yang menarik perhatian sis;)
Final Moodboard
Motif yang digunakan
Motif Tampuk Manggis
Sunday, December 18, 2016 • 10:05 AM • 0 Comment(s)
Assalamualaikum,
Entry kali ni sis nak share pasal proses jahitan beg kulit. Mesti korang tertanya-tanya kan mcm mana nak jahit leather bag 100% hand made kan? tak sakit tangan ke? haa jom tengok proses jahitan leather bag hand made yg bro syaiful ni buat.
Proses melakar design menggunakan Microsoft Visio.Tekun bro tekun.haha
Microsoft Viso memudahkan lagi proses melakar pola beg.
Pola beg yang ingin dibuat
Potong kulit mengikut pola yang diingini.
Kalau nak shape bulat bahagian hujung potong menggunakan puncher separa.
Letakkan tape agar semasa proses memotong fabric, design tidak lari.
Puncher separa pelbagai saiz.
Jangka lukis digunakan untuk menanda tempat untuk dibuat lubang sebelum proses jahitan.
Haa ni la function chisel mata 2 untuk menebuk lubang dibahagian hujung fabric.
Cara guna chisel 6 mata. Letak dan ketuk menggunakan penukul.
Cara menggunakan stitch pony.
Proses jahitan.
Tadaa! Dah pun siap;)
Thursday, November 24, 2016 • 9:19 AM • 0 Comment(s)
Assalamualaikum,
Entry kali ni sis nak story pasal alatan pembuatan beg kulit atau leather bag,jahitan hand made leather bag ni perlukan peralatan dia tersendiri tau. Sis tertarik nak belajar jahitan leather bag hand made ni dari sorg bro ni, senang cerita sis panggil dia bro syaiful. Bro syaiful baru juga berjinak-jinak dalam dunia jahitan leather bag ni almost 2 years ago kalau tak silap sis, bro syaiful ni sangat-sangat kreatif orangnya. Sebab apa sis cakap kreatif ? haa nanti korang tahu nape sis cakap dia kreatif.Hikss...Bro syaiful ni banyak ambik tempahan menjahit sarung handphone, dompet, dan sebagainya. So alhamdulillah sis beruntung dpt serba sedikit ilmu tentang jahitan leather bag hand made ni;)
Haa ni laa dia stitch pony, function dia mengapit kain kulit tu untuk memudahkan proses jahitan beg.Stitch Pony ni kalau korang nak tahu bro syaiful yang buat sendiri tau.That's why la sis cakap dia kreatif orangnya.Jimat pun jimat. Sebab kalau dekat pasaran luar harga alatan ni mungin mencecah ratusan ringgit.
Antara aksesori yang digunakan oleh bro syaiful.
Ni pulak adalah chisel, chisel ni ada pelbagai jenis dan gambar diatas adalah chisel 6 mata.Function dia? haa meh nak habaq mai, benda alah ni sgt penting untuk menebuk lubang pada kain kulit tersebut. Dah tebuk barulah mudah nak jahitkan. Takda nak sakit-sakit tangan. hihi
Function benda alah ni adalah untuk menebuk lubang dibahagian hujung kain.
Alatan lain yang digunakan;)
Tu je alatan yg sempat sis snap. Alatan lain yang digunakan adalah : -Benang lilin -Penukul -Jarum size besar -Pembaris -Gam -Lighter Bahan nak buat leather bag dah tahu..Hmmm tapi mcm mana nak buat eh? Orite berjumpa next entry pulak ok. Saturday, November 19, 2016 • 7:12 AM • 0 Comment(s)
Assalamualaikum..
Hai uolss dh lama kan sis menyepi, menyepi bersama esaimen yg bertimbun. Biasalah adat study kan confirm la banyak kerja. Okk bila dh umur makin meningkat ni malas sis nak merapu banyak benda, dh tua kan.HAHA. Ok seperti yg dijanjikan entry sebelum ni, sis akan share serba sedikit tentang leather bag.Apa yg sis share ni diambil daripada research yg sis bt dan sis belajar dengan tauke beg kulit sendiri bro Ahmad Syaiful Zufri. Material leather bag ? Leather bag ni biasa guna pelbagai jenis material, ada yg dari kulit lembu, kambing, ikan pari pn ada tau tak uolss. Kulit-kulit binatang ni ada nama spesifiknya pulak ok, bukan main-main sebut je.huhu Antara jenis-jenis kulit yg biasa bro Syaiful gunakan untuk bisness leather bag dia adalah :
1. Nubuck Leather
Perbezaannya adalah pada proses pembuatannya. Tak sama dengan kulit
Suede, jenis kulit Nubuck tidak dibuat dari bahagian dalaman kulit binatang tapi diperbuat daripada bahagian luar kulit binatang, seperti pada Finish
Leather. Namun permukaannya dihaluskan menggunakan permukaan yang kasar,
sehingga menghasilkan permukaan kulit yang halus seperti jenis
kulit Suede.
2. Suede Leather Jenis suede leather pulak memiliki struktur kulit yang lembut kerana jenis kulit ini diambil daripada bahagian dalaman kulit binatang. Tapi untuk pengetahuan korang jenis kulit ni susah sikit nak jaga sebab mudah kotor dan mudah bertukar warna bila trkena air.
3. Crazy Horse Leather
Crazy horse leather pula memiliki struktur yang variatif dan lebih nampak vintage dan sudah pasti lebih style bila dh dijadikan produk.
Ok sekian serba sedikit tentang jenis material leather yg digunakan bro syaiful. Next entry sis akan story pasal handmade leather bag pulak ok. Daaa! Tuesday, October 25, 2016 • 9:41 PM • 0 Comment(s) Halluuu Assalamualaikum guys.. Entry kali ni sis nak update tentang produk yg menarik minat sis untuk belajar & memenuhi tuntutan esaimen for this sem. Cer teka produk apa? kalau betul sis belanja cokelat seposen 2.hikss Ntah apa2 merepek sis iza ni kan, ok laa jom sis perkenalkan produk yg sis tertarik minat untuk belajar. Tadaaaaaaa! Ni laa produk yg sis berjaya memikat hati sis untuk belajar,cantik kan? Produk ni pn pada masa kini mendapat permintaan tnggi nak2 dalam bidang fashion negara. So nak tahu segala jenis teknik material yg digunakan untuk hasilkan produk ni tunggu entry sis seterusnya tau. Tuesday, October 18, 2016 • 7:50 PM • 0 Comment(s) Assalamualaikum.. Hai Uolss I,m back! Dh lama sis tak update blog, busy yg amat plus kemalasan dlm diri jugak.hihi. Sis kembali berbloging pun disebabkan assignment. Assignment apa sis buat? so tunggu la ya sis akan update pd entry seterusnya. Mmmuahh salam saying semua.
|
Follow | Dashboard Fairytale Zone |